Sunday, June 7, 2009

Sampai Jam 9.30 MALAM????

Semalam (7june), saya telah selamat sampai ke "Turki" setelah 10 jam perjalanan menaiki "flight"..eh, tapi sebelum nie bgtau nk naik bus balik shah alam kan????iyeeeeeee.....mmg pon balik shah alam..acah je tadi tu ;p..acah mak enon..huhuhu...

tapi punyaaaaaa la lama perjalanan duduk dlm bus tu, rasa macam nak naik flight g oversea lak..perjalanan yg suppose sampai ke shah alam dlm 6 jam jadi more than that...bayangkan bertolak pukul 11.30PAGI sampai pukul 9.30 MALAM...padahal kdh-shah alam je..tu pon sbb tak tahan sgt ddk dlm bus lama gila, kami (saya dan liyana) turun je kat hentian pudu n mintak tlg kwn yg ada berhampiran utk tlg amek kami n antar kami balik shah alam (time kasih daun keladi ek ;)..jam menunjukkan pukul 9.30 malam masa kami turun kat pudu, agaknya kalo kami proceed naik bus terus direct ke shah alam lagi 2jam la kami sampai shah alam dari kl ;p *teeett*....ni sume gaara2 naik bus yang bernama syamisah??shamsiah??syamsul?? *(liyana apa tah nama bus tu)*...huhhuhu..nama serius tak pernah dgr, tp bus tu double dacker..lawa gak bus tu tapi lembab giler...(atau sebenarnya kalau naik bus double dacker mmg lembab mcmtu??)...

okla..penat nie..nak sambung rehat..

Saturday, June 6, 2009

Naik Bus Jam 11.30am...

Letihnya rasa badan sekarang nie..tadi petang baru sampai umah dari umh my aunty coz my cousin kawen on 6th june...serioulsy penat giler! but the kenduri was fun...kami gi satu family but 4 of my sibilings (kami anak2 yg besar) dh kena post ke umh my aunty sehari sebelum majlis kenduri coz my mom antar wakil utk menolong sbb my mom n my dad demam, so tak dapat nk dtg awal membantu, jadi dpt antar wakil pon kira ok la...then masa kenduri tadi my mom n dad gagah kan diri gak nk travel sbb ni kan kenduri anak sedara diaorang kan,so kena la dtg...(kang kalo tak dtg kenduri sedara mara nanti time anak dorg kawen sape lak nk dtg kan...erkkk???dh nk kawen ke anak kpd mak bapak saya??;p)..

Ni pic bersama pengantin n cousin2...lama xjmp dorg,rasa mcm family gathering lak..
**mmg xreti dudk diam btol la time bergambar bdk yg pakai baju biru belah kanan tu...aiisshhh...



Eh...tajuk tu mcm langsung takde kena mengena ngn entry kat atas nie kan...cite pasal kenduri cousin tapi tajuk entry naik bus jam 11.30am ;p..huhuhu....ok,kat perenggan nie baru la kisah yg sebenarnya...sebenarnya esok (7th june) dah nak kena naik bus pkl 1130am nk balik s.alm..urmmmmmmm...perasaan skrg mcm sgt MALAS nak packing barang!seriously malas giler!aritu time balik umh gedik nk balik s.alam...pastu bila dah beli tiket bus nk balik s.alam rasa mcm mls nk balik sana.....uwaaaaaa...i wish my parents was there wif me..so tak payah la nk blk jauh2 sgt....dah la nak naik bus sampai 6 jam..penat weehhhhhh.....tapi bila dok umah mcm bosan..tp sebenarnya bila balik s.alam lagi bosan!dah la dok umah sorg2 (sbb kwn2 sume tgh cuti sem)..i lak ada training kat PJ (9th june nie baru start training)..then 10 june ada interview kt s.alam....so nak tak nak kena la balik s.alam...*sigh*


**okla,nak sambung packing barang.... :(

Wednesday, June 3, 2009

Siapakah????

Siapakah makhluk tuhan yg bergelar ---->

Amin - Al Rashid Ali????

**urmmm..juz wondering...

Tuesday, June 2, 2009

RUMAH SEWA SEKSYEN 18,Shah Alam....

Pengumuman:

Rumah sewa saya memerlukan seorang lagi penyewa (wanita sahaja)...kerana terdapat satu lagi kekosongan..

**UPDATE: pic umah saya (sila klik gambar2 dibawah utk besarkan gambar2 tersebut):




**gambar rumah ini diambil semasa kami mula2 tengok rumah nie...sebab tu kosong je lagi,but skrg dah ada beberapa peralatan basic la (maklum la rumah bujang)...



venue: seksyen 18,shah alam (rumah flat, ada 3 bilik n 1 bilik air...sudah terdapat: peti ais,mesin basuh,cerek,dapur memasak,etc2)
(Berhampiran pasaraya Giant,Mydin,Ole-ole,7E, n berhampiran kedai runcit)
***terdapat kemudahan internet (wifi) juga di rumah ini (tapi dikenakan bayaran tambahan jika anda ingin menggunakan perkhidmatan internet..share2 bayar..okla dari g CC kan..senang sikit nak wat keje/assignment/nk update blog ;p etc...)

public transport:bus rapid kl (u64 terus direct ke kl, /T529 lalu kampus induk bhagian pintu hotel UiTM,seksyen 2,PKNS etc, /T528 lalu TESCO,sek.15 etc,), bus metro direct ke kl, bus Mini, KTM n teksi.

deposit: 2+1+api air

**utk keterengan lanjut feel free to leave ur contact number at my comment...or juz ym me at sheila_0804@yahoo.com...TQ.....

**kalau anda tahu sesiapa yg memerlukan umh sewa di kawasan shah alam bole la suggest kan umh saya...terima kasih :)

-------------------------------.................................................--------------------------------------

**kekosongan ini disebabkan kerana seorang ahli rumah telah keluar rumah..anda masih ingat kisah ini??n finally suspek ke-empat telah keluar dari umah selepas beberapa kali bacaan yasin cuba dilakukn tetapi gagal kerana suspek ke-empat sering mengelakkan diri dari bacaan yasin yang ingin diadakan...akhirnya pada hujung bulan 5 yg lalu tiba2 suspek ke-empat telah memberitahu budak2 rumah bahawa dia mahu keluar dari rumah..dan tergesa2 mengambil barang2nya dan dia dtg tanpa memberitahu budak2 rumah (berkemungkinan besar mahu mengelak dari orang umh terutama saya)...utk pengetahuan anda semua, sebaik sahaja saya memberitahu budak2 rumah saya ingin mengadakan bacaan yasin n meminta semua budak rumah menjunjung al-quran utk membuktikan bahawa mereka tidak bersalah, pada ke-esokan hari nya terus sahaja suspek ke-empat menghilangkan diri (dia memberi alasan ingin tinggal dirumah kwn nya utk memberi tumpuan kpd exam..huh??)..

setelah beberapa kali cubaan utk memanggil dia pulang ke rumah hanya utk membuat bacaan yasin gagal,akhirnya saya sendiri telah pergi ke fakulti dia utk memastikan setiap org minum air bacaan yasin yg telah disediakan dan utk menjunjung al-quran..saya sengaja pergi ke fakulti dia dan meminta semua berkumpul di sana utk memastikan saya berlaku adil kpd semua (maksudnya biar semua orang ada waktu masing2 mengangkat sumpah, supaya takde orang menuduh saya berat sebelah)...tetapi beliau telah mengelakkan diri dari saya dan menyorok di mana tah (dan akhirnya saya balik ke rumah dgn hampa kerana tidak dt berjumpa dgn dia!!n again kami gagal menyuruh dia meminum air yasin dan menjunjung al-quran)....

akhirnya setelah selesai semua paper exam, tiba2 rumah kami dikejutkan dgn sms yg diberi oleh suspek ke-empat (setelah sekian lama berdiam diri dari bdk rumah)..SMS tersebut menyatakan bahawa dia mahu keluar dari rumah..well,dari situ pon kita boleh tahu siapa pesalah terbabit kan ;)....yelah,dah la dtg waktu saya tiada di rumah then bila ajak bersemuka dia mengelakkan diri...mmg nmpk sgt mcm pesalah..seangkan saya tidak berbuat apa2 pon kpd dia..cuma saya mahu mengadakan majlis bacaan yasin n meminta semua budak rumah menjunjung al-quran sahaja..sedangkan budak rumah yg lain bole buat kenapa dia seorang sahaja yg mahu mengelak???fikir2 kan....

**tapi kpd penyewa baru yg ingin masuk,saya berharap anda bkn kaki pencuri k!mind u..kalo nk masuk rumah saya semata2 nak jadi pencuri better anda fikirkan natijah2 yg bakal anda lalui...saya betul2 tidak memahami orang yg suke mengambil brg org tanpa kebenaran (tu ayat sopan) atau digelar sebagai PENCURIK xde maruah (tu ayat kurang sopan sikit)....kalau betul anda teringin memiliki brg yg sama mcm org lain BERUSAHA la sendiri..kenapa perlu mencuri???aiisshh..kan dh berceramah...

**but don't worry,saya bkn makan orang..saya bole menjadi sgt baik n friendly kpd anda kalo anda baik dgn saya..jadi jgn takot la nk menjadi rakan serumah saya yg baru ;)....n also don't worry coz sudah tiada pencurik di rumah saya(insyaallah)...yay!!

ok,berita tamat...bole sambung tido ;)